Tuesday, October 18, 2011

Aku Di Alam Baru

Erm... dah lama tak bersua pd ruang nie.... nie sahaja peluang yang ada utk coretkan isi hati... Kesibukkan seharian semestinya payah utk coretkan sesuatu....

Asalnya pagi ni aku ke PKG Sik untuk sesi Taklimat Maklumat Akaun Sekolah... tetapi disebabkan bebanan tugas yang semakin banyak, maka terpaksa mohon bantuan Kak Wan dan Wani utk hadir & memberi penerangan pada taklimat tersebut. TQ Kak Wan & Wani... oooppsss.. taklupa juga kepada En Rejab yang tak jemu² membantu dalam menyelesaikan masalah berkaitan akaun sekolah (suwa & kerajaan)

Itulah serba sedikit bidang tugas yang perlu dihadapi. Besok 9.30 perlu ke BTPN Kedah coz Mesyuarat Penyelarasan Utiliti School Broadband... erm... IT buat, Acc Buat... dah bermacam segi buat... apapun terima seadanya coz itu tugas yang di pertanggungjawabkan.... TQ Allah coz aku masih bernafas pada saat ini......

Sunday, December 05, 2004

Aku yang dahulu - kecil

Menjadi anak bongsu atau anak lelaki tunggal dalam sebuah keluarga memang best, pertama sebab sudah pastinya kita akan sering dilebih-lebihkan. Pastinya juga segala permintaan kita akan dipenuhi. Dan yang lebih penting, sudah pastinya juga kasih sayang banyak akan tertumpah untuk kita.

Dan untuk satu jangka waktu dulu, aku pernah merasai kehidupan yang sebegitu. Sukar untuk aku gambarkan betapa hidup ini terasa best sangat masa tue. Sebabnya aku dapat rasakan betapa hangatnya hidup yang penuh dengan kasih sayang dan perhatian. Masa itu dunia aku tidaklah besar sangat. Dalam dunia aku hanya ada mak, bapak. Semua ahli keluarga aku yang lain telah mendirikan rumahtangga mahupun melanjutkan pengajian. Nak kata aku rapat sangat dengan mak pun tak juga, tapi bila akak dan abangku pulang ke rumah masing², hanya tinggal aku ngan mak jer kat rumah. Mungkin sebab tue aku dekat dengan mak. Tapi anak-anak mak yang lain pun rapat jugak dengan mak. Kita orang juga rapat dengan bapak.Cuma berbanding dengan mak, bapak agak tegas dan garang skit. Waktu tu bapak selalu sibuk. Selalu tak ada kat rumah. Kadang-kadang keluar pagi balik petang. Keluar petang balik malam. Tapi aku tahu bapak keluar cari rezeki untuk anak-anaknya demi untuk merealisasikan sebuah kehidupan yang bahagia untuk kami sekeluarga.Walaupun bapak nampak garang, tapi aku tahu dia baik dengan semua anak-anaknya yang sembilan orang nih.Walaupun dia kurang bercakap,dan selalu nampak serius, tapi aku juga paham mungkin bapak letih sebab seharian bekerja, bertungkus lumus membanting tulang di laut demi mencari sesuap nasi.

Kehidupan masa tu aku rasa memang best sangat. Lengkap sebuah kehidupan berkeluarga. Kalu nak di katakan sebuah keluarga bahagia pun boleh jugak. Sebabnya aku ada mak yang penyayang. Aku juga ada kakak-kakak dan abang yang selalu menggembirakan aku. Dan aku jugak ada bapak yang selalu membelikan barang permainan. Itu sahaja yang aku tahu masa tu. Inilah kehidupan yang selalu aku mahukan.

Aku ingat itulah kehidupan aku. Itulah dunia aku. Rupanya tidak. Segala-galanya mula berubah pada tanggal * July 1989. Bapak ku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Masih lagi aku ingat ketika di hening pagi itu, bapaku membekalkan aku 3 bungkus nasi lemak untuk aku bersarapan dan makan tengahari.

Di saat aku masih belum puas untuk merasa peluk cium bapak, terasa janggal untuk aku meneruskan kehidupan ini. Semenjak itu bermulalah satu episod baru dalam kehidupan seorang budak lelaki bongsu yang bernama Rijal dalam mengharungi sebuah kehidupan yang penuh ranjau nih.

Sebenarnya dalam kehidupan ini kita tidak pernah membayangkan sesuatu yang bakal terjadi kini ataupun kesannya yang mungkin timbul kelak diatas tindakan kita pada masa dulu. Mungkin sebab tiada perancangan atau mungkin juga sebab kita masih belum mampu berfikir secara waras. Lalu merasakan kehidupan kita nanti sudah pastinya bahagia. Tanpa kita sedar andainya kita hanya membiarkan ia berlalu begitu saja tanpa usaha.... banyak sebenarnya kemungkinan yang boleh terjadi.... Dan ternyata, kini aku sedang melalui kemungkinan itu...

Sukar rasanya melalui kehidupan yang tidak seperti kita inginkan. Namun itu hakikat kehidupan. Aku ingatkan kesan itu tidak lama. Mungkin kerana waktu itu adalah waktu aku sedang mengalami proses pembesaran.... Lalu aku biarkan saja semuanya berlaku tanpa sebarang tindakan yang boleh menyelamatkan keadaan. Rupanya dalam diam, kesan itu terus merebak dan berlanjutan mengiringi perjalanan hidup sehingga remaja. Ia merebak dalam diam dan dalam senyap-senyap hingga menjadi satu barah yang sukar untuk diubati dan diubah.

Kadang-kadang ada ketikanya aku sendiri keliru dengan apa yang aku inginkan sebenarnya. Terus terang, sehingga kini aku masih cemburu bila melihat teman-teman sering berbicara pasal keluarga bahagia. Melihat kanak-kanak yang riang bermain di taman bersama ibu bapa. Aku akan rasa cemburu kerana hingga ke saat ini aku masih belum merasa puas untuk memiliki pelukan itu....memiliki ciuman itu. Memiliki kehangatan bahang kasih yang suatu ketika dulu pernah cair dek panahan mentari. Aku tahu, aku dah takkan mampu untuk memiliki lagi semua itu. Aku takkan dapat lagi merasai keriangan yang suatu ketika dulu pernah aku impikan. Kerana mungkin ketika ini aku tidak boleh lagi berfikir bagaimana untuk disayangi.... kerana sudah sampai masa aku perlu menyayangi....

Sekarang, bila aku dah besar, bila aku dah mampu berfikir secara waras, aku dah paham segala-galanya, bukan senang sebenarnya untuk kita mengatur hidup sebuah keluarga bahagia. Kesibukan contohnya boleh menjadi penyebab dalam menjarakkan sesebuah hubungan. Tapi macam manapun aku tetap bangga dengan diri aku. Walaupun aku pernah hidup tanpa perhatian seorang bapak, walaupun masa tue aku rasa hidup aku terumbang-ambing sorang-sorang, aku tidak seperti sesetengah orang yang hanyut dalam warna hitam kehidupan.Walaupun mungkin kanvas hidup aku tak seputih orang lain, namun aku berjaya tepis tompokan-tompokan hitam yang mungkin terpalit andai tiada kekuatan diri. Walaupun dulu aku rasa diri aku lemah, namun sebenarnya akulah sekuat-kuat manusia yang boleh berdiri di atas kaki sendiri biarpun pada zaman hingusan. Syukur aku panjatkan pada Tuhan kerana sentiasa ada untuk memerhati dan mengawasi kehidupan aku.